Saturday, 28 April 2012

Kek Coklat Kukus


Bahan-bahan
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Hiasan Kek
Apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
Cara-cara masakan;
1) Didihkan air ke dalam pengukus.
2) Sementara tunggu air mendidih, ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Masukkan adunan kek ke dalam cup.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit/sehingga kek masak.
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.




Mase buddy Zana, si Erzie bertunang ari tu Zana ngan kengkwn decide nak kasi present kat die. Then buddy Zana, si Syerin watkan kek nih. Hiasan tu ktrong bli kak kdai Bake Well kat Masai jer..huhuhu

No comments:

Post a Comment